Cerpen : Aku & Forklift (Part 1)



          Nama aku Anding Zulkarnain. Aku lebih terkenal dengan panggilan Nine di kalangan rakan-rakan. Hari ini hari pertama aku bekerja sebagai 'Store-Assistant' di kilang Bantex yang terletak di Johor Jaya. Tempat kerja aku bukanlah jauh dari rumah aku. Hanya dalam linkungan 10 minit dari rumah. Ini kali pertama aku bekerja selepas bergelar lepasan SPM. Aku cuma mahu belajar bagaimana untuk berdikari sebelum memasuki alam IPTA. Keluarga aku bukanlah berasal dari golongan orang berada. Ayahku cuma pemandu teksi sepenuh masa. Ibuku pula pengasuh kanak-kanak dan berniaga sedikit yang untungnya hanya berapa kerat. Tapi cukup untuk keluarga aku hidup aman di kepesatan bandaraya Johor Bahru ini. Tutup cerita mengenai keluarga aku. Aku berminat untuk menyambung pelajaran dalam kursus 'business'. Ini kerana cita-cita aku ingin membuka perniagaan mengunnakan jenama nama aku sendiri. Pernah aku mengelamun tatkala ingin beradu. Aku sudah mempunyai perniagaan yang dinamakan 'Nine Holdings'. Orang tua kata cita-cita berasal sebuah angan-angan. Masih segar lagi dalam ingatan aku, arwah nenek aku pernah beritahu, duit bukan kunci kebahagiaan. Aku masih kurang jelas dengan maksud disbalik kata-kata arwah nenekku, Che Mon Binti Daud. Bagi aku, duit itu keperluan yang sering memberi kebahagiaan. Jiwa muda memang semuanya memandang duit. Tapi mungkin apabila aku sudah ber anak kelak pasti aku akan faham maksud tersirat kata-kata itu

          Berbalik pada pekerjaan aku tadi. Ini pekerjaan pertama aku selepas bapa saudaraku mendapatkan aku kerja melalui rakannya yang memegang jawatan 'Marketing Executive' di kilang ini. Kebetulan kilang ini memerlukan beberapa orang pekerja kerana pekerja lama kilang itu ingin berhenti dek kerana mendapat pkerjaan yang menjamin masa depan. Aku terus menerima pekerjaan ini kerana bagi aku pengalaman akan membuka pelbagai jalan. Hari pertama aku kerja hati aku rasa seperti ada sesuatu akan berlaku. Ya, betul sangkaan aku. Pekerja yang dikhabarkan ingin brhenti itu cuti sakit. Jadi aku ditinggalkan keseorang di dalam stor yang besar gabak itu. Aku disuruh bos kilang itu, Mr Andy menyusun stok-stok yang baru sampai satu kontena semalamnya berseorangan. Hari pertama kerja aku dihukum sebegitu rupa? Hancur lebur hati aku. Lemah luluh lutut aku. Melangkah tidak bermaya menyusun kotak-kotak berat itu di tempat yang sepatutnya. Kata aku dalam hati "Menyesal aku terima kerja ini". Ada sekali dua bos akan masuk dan bertanya "Is everything okay Nine?". "Okay bos" jawabku dengan nada tidak bermaya. Rasa marahku semakin membuak-buak sehingga langsung aku memaki hamun bapa saudaraku yang memberi aku kerja ini. Jam menunjukkan pukul 1. Ya ! itu yang aku tunggukan. Waktu rehat pekerja sudah bermula. Selepas makan aku ada baki 20 minit untuk berehat. Jadi aku habiskan masa memusing sekitar stor yang besarnya satu padang bola itu. Sedang aku menapakkan diri ke belakang stor, aku terlihat satu kenderaan yang aku kepingin mahu memandu iaitu 'Forklift'. Lama aku membelek, menelaah dan memusingkan stering forklift itu. Jadi bermulalah cerita aku dengan forklift.

Bersambung.........

No comments:

Post a Comment