Aku, Dia & Laman Sosial


kita mula macam kawan
bergurau separa sedar
perasan macam dah lama kenal
tiada rasa kekok
semakin hari semakin rapat
saban hari bertambah erat
kita hidup dalam dunia sendiri
seperti tiada orang sekeliling yang sibuk memerhati
sampaikan tak perasan
yang masing-masing ada pasangan
masa yang suntuk menjarakkan
gambar di laman lepaskan kerinduan
sampai satu masa
baru aku sedar
kita semakin dimamah masa
semakin hilang kerana kesibukan
hanya mempu memerhati dari jauh
lama-lama kita terpaksa akur
bahawa semua ibarat lintasan bintang
hanya terpegun sesaat dua
selepas itu
ianya kembali hilang

No comments:

Post a Comment