sejarah mungkin berulang.....mungkin

bukan aku taknak letak harapan
aku takut aku kecewa
bukan aku taknak luah perasaan
aku risau aku terluka
bukan aku ego
cuma ini macam lintasan bintang
macam pelangi senja
memang dia buat aku terpegun
tapi sinarnya cuma sesaat dua
selepas itu kembali hilang
biarlah dia jadi sungai hidup aku
mengalir bersama arus dengan sendiri
tanpa aku lukis perjalanannya
tanpa aku lakar pergerakannya
tanpa aku tahu dimana hujungnya
mungkin aku sedih
dan mungkin aku sepi
kalau aku terlepas dia
tapi hati aku cakap takpa
hati aku dah biasa
hati aku dah lali
cuma sedikit kecewa barangkali

fitnah

mereka tabur fitnah
yang dia sebar fitnah
yang aku dengar fitnah
entah mana satu aku mahu percaya
kejap aku kata si biru betul
kejap aku kata sang hijau tepat
kadang aku terfikir kenapa
kau boleh lihat apa yang berlaku
kau pasti dengar apa yang terjadi
tak banyak aku mahu
aku cuma mahu negara dalam aman
aku cuma mahu negara dalam damai
aku cuma mahu kita semua bersatu
bukan aku berpihak pada satu 
bukan juga aku tak ambil pusing
aku ada pilihan sendiri
aku ada navigasi sendiri
cuma tuhan dan aku sahaja yang tahu
tapi apa yang aku kesal
fitnah dah makin berleluasa
fitnah dah jadi makanan kita
sedangkan kau tahu beratnya dosa fitnah
terang-terangan 
dunia hampir kiamat

mana pergi

lama juga aku tidak menaip
mencipta sekeping perenggan luahan kata hati
mungkin sebab aku terlalu sibuk dengan duniawi
sibuk melawan arus masa
sibuk mengejar sepohon cita
sibuk kerana terpaksa
apa boleh buat
di dunia aku diajar mengejar dunia
sampai aku lupa
mana datang asal usul aku
mana pergi ceria aku dulu
mana hilang kawan yang aku temu
maaf andai aku bukan lagi aku
manusia mana yang tidak buat khilaf
aku rindu semua
aku rindu lihat bulan
aku rindu hitung bintang
aku rindu pulaukan matahari
dulu malam sering teman aku
sekarang aku tinggalkan malam itu
dulu kaca komputer sering tatap aku
sekarang aku lupakan kaca itu