loner macam aku (cover)


loner macam aku
orang cakap happy go lucky
senang bersendiri
tak mudah difahami
itu orang cakap
macam mana tanggapan kita sendiri?
bagi aku
loner macam aku
sebenarnya disisihkan
sebenarnya dipulaukan
sebenarnya tiada yang sudi teman
cemburu dengan pasangan berduaan
memang itu sifatnya
aku tak harap nak jadi loner
mungkin dah tertulis
ini rupanya kehidupan loner
orang memang ingat kita kuat
tapi hati sendiri cakap
kita ni loser
loner macam aku
memang orang pandang pelik
loner macam aku
siapalah mahu dekat
itu dah macam hakikat

No comments:

Post a Comment