bayangkan


dalam dunia
pernahkah orang berhenti bekerja
memang jawapannya tak pernah
setiap tahun setiap bulan
setiap minggu setiap hari
setiap jam setiap minit
setiap saat setiap detik
belum pernah lagi dunia berehat
kau bayangkan
kalaulah satu dunia berehat
dalam masa yang sama
apa akan jadi
setiap kerja ada kepentingan
setiap kerja ada kegunaan
kau bayangkan
pengutip sampah berhenti bekerja
kau bayangkan
pencuci tandas berhenti bekerja
kau bayangkan
pengawal keselamatan berhenti bekerja
kau bayangkan dan kau fikirkan
satu ayat sahaja aku ungkapkan
HURU HARA DUNIA

No comments:

Post a Comment