indah lelapku


mungkin kita tak pernah jumpa
kita cuma pernah berbual tanpa sengaja
tapi aku cerita benda betul
aku mimpi kau
kau ikut kemana saja aku pergi
kau senyum
kau ketawa
kau menangis
ya memang kau
aku tak salah orang
kau gadis bertudung
aku tak pasti
kenapa kau gembira dengan aku
kenapa kau ketawa dengan aku
kenapa kau bercinta dengan aku
kenapa kau menangis semasa kita berpisah
jawapan yang aku tak pasti
tapi yang pelik
itu cuma mimpi aku
tapi aku ingat sampai sekarang
kenapa mesti kau
tapi yang aku pasti
memang indah ketika aku terlelap
indah kerana kau

No comments:

Post a Comment