Warkah Tiada Bernoktah


setiap hari aku cerita
setiap hari aku memberi khabar berita
baik berita suka mahupun duka
akan aku mencoret di lubang skrin ini
coretan aku takkan terhenti sehingga aku tiada
selagi jasad dikandung badan
tiada noktah akan aku berikan
terima kasih kepada pembaca
ayat yang takkan aku telankan
akan aku luah sebaik mungkin
kerana kau antara yang bertuah
sekali lagi aku ingatkan
warkah aku tiada bernoktah

No comments:

Post a Comment