Ceritera Kita


memikir,menyusun,menaip dan click publish post
hari-hariku akan terkeluar pada blog ini
tanpa segan silu
tanpa fikir malu
aku terus mengeluarkan isi hati
entah siapa yang baca
entah siapa teroka
aku tak peduli
walaupun mungkin hanya seorang sahaja
walaupun mungkin hampir beribu orang
yang mengikut blog ini
cerita tentang keluargaku
cerita tentang kawan-kawanku
cerita tentang musuhku
cerita tentang cintaku
apa saja yang bermain di fikiran
tanpa berfikir panjang aku terus menaip
tidak perlu menjaga hati sesiapa
tidak perlu menghiris hati sesiapa
ceritera ini aku taip dengan hati yang terbuka
terima kasih kepada sesiapa yang suka
pergi mampus kepada sesiapa yang terasa
ceritera ini kepunyaan aku
ceritera ini kepunyaan kita

No comments:

Post a Comment