Budak Besar Ini

Budak besar ini
asalnya seorang bayi yang comel
membesar sebegitu sempurna
dari hari ke hari
dari bulan ke bulan
dari tahun ke tahun
asalnya sebesar tapak tangan
tetapi kini sudah meningkat dewasa
mencari erti hidup yang belum lagi ditemui
mencari perasaan yang pelbagai
pada asalnya hanya budak hingusan yang hanya ingin berkawan
kini sudah pandai bergaul tanpa batasan
hampir mencecah 21 tahun mengenal dunia
hampir mencecah 21 tahun mencari erti cinta
tetapi
masih lagi memerlukan petunjuk
masih lagi perlukan ajaran
itulah Mohamad Azlizam Bin Mohd Azhar


Ya Allah.Kau bimbinglah budak hingusan ini ke jalan yang diredai olehmu.Amin

No comments:

Post a Comment